PELAKON Nur Fazura tampil menjawab spekulasi cincin yang dipakainya bukanlah tanda ikatan pemberian aktor Que Haidar.Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, menjelaskan aksi menayangkan cincin berkenaan hanyalah gurauan spontan bagi melayan usikan rakan selebriti, Elly Mazlein atau Kak Lina. “Itu gurauan semata-mata sebab Kak Lina memang suka mengusik saya. Dia kata cincin itu cincin tunang, jadi saya pun bergurau dan melayan sahajalah.“Tetapi tidak, ini memang cincin saya sendiri,” katanya kepada mStar ketika Majlis Meet & Greet Duta Jakel 2027 pada Jumaat. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui media. Mengulas mengenai keakrabannya bersama Que Haidar, Fazura mengakui aktor itu merupakan sahabat lelaki paling rapat dengannya sejak 14 tahun lalu.“Kami sudah bersahabat lama selama 14 tahun. Memang rakan lelaki yang paling rapat dengan saya adalah Que Haidar.ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun berkawan baik, Fazura tampil bela Chot… “Satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah yang ada sifat tanggungjawab”ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tonton video tular, Fazura terkilan layanan terhadap anak... “Dia bukan objek”"Sama seperti dia ada cakap baru-baru ini rakan wanita paling rapat dengannya adalah saya. Tetapi pada peringkat sekarang, masing-masing melalui kehidupan sendiri," ujarnya. Bagaimanapun, Fazura menegaskan mereka kini enggan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan mendadak berhubung soal hati sebaliknya menyerahkan urusan jodoh kepada ketentuan takdir.“Untuk ke hadapan ini, kami masih berdoa dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kami. Kami sepakat untuk terus berdoa, insya-Allah jikalau ada jodoh yang Allah redai, adalah.Hubungan Fazura dan Que mula akrab sejak tahun lalu. “Jadi kami tidak tergesa-gesa kerana rasa masing-masing sudah matang untuk tidak membuat keputusan mendadak. Apa yang penting sekarang adalah saya gembira, Fatima gembira dan dia juga gembira,” ujarnya.Sebelum ini, kemesraan hubungan Que dan Fazura menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya dilantik sebagai duta dan bekerjasama mempromosikan sebuah jenama tesktil tempatan.Malah, ada peminat berharap supaya Fazura dan Que mempunyai hubungan yang serius sehingga ke alam perkahwinan. Bagaimanapun, Que menegaskan hubungannya bersama Fazura ketika ini tidak lebih sekadar sahabat baik.