suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga nekad berhenti guna span cuci pinggan, baru sedar bahaya tersembunyi di dapur

Span pencuci pinggan berisiko menjadi sarang pembiakan bakteria dan sekali gus meningkatkan risiko keracunan makanan kepada pengguna. -Gambar hiasan/Agensi

SIAPA sangka span yang digunakan setiap hari di rumah boleh menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan dan dijaga dengan betul.

Di media sosial tular satu hantaran seorang pengguna di aplikasi Threads memaklumkan keputusan keluarganya untuk berhenti menggunakan span pencuci pinggan selepas menyedari risiko kesihatan dibawa alatan dapur tersebut.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk risiko keracunan makanan, selain kemungkinan berlakunya komplikasi kesihatan yang lebih serius akibat jangkitan bakteria tertentu.

"Antara punca utamanya adalah kerana keadaan span yang sentiasa lembap. Ia menjadikannya tempat yang sempurna untuk bakteria seperti Salmonella dan E. coli membiak.

"Bakteria ini kemudiannya boleh melekat pada pinggan, sudu, dan garfu, sebelum akhirnya masuk ke dalam mulut anak-anak," kongsi individu menggunakan akaun Ijjan.

Dakwaan mengenai risiko span pencuci pinggan sebagai sarang pembiakan bakteria sememangnya pernah dibincangkan dalam pelbagai kajian.

Struktur span berongga dan lembap, ditambah pula dengan sisa makanan yang terperangkap, menjadikannya medium cukup ideal untuk pembiakan patogen.

Oleh itu, penggunaan span yang tercemar untuk membasuh peralatan makan atau mengelap meja dapur boleh mencetuskan risiko pencemaran silang, sekali gus menyebabkan keracunan makanan.

Mengulas mengenai dakwaan komplikasi buah pinggang, kajian menunjukkan bahawa ia merupakan satu bentuk komplikasi tidak langsung yang jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, insiden sedemikian tetap berisiko terjadi terutamanya melibatkan golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas, atau individu yang mempunyai sistem imuniti badan yang rendah.

Kaedah pengendalian span yang betul

Sekiranya anda masih mahu menggunakan span sebagai alat mencuci pinggan, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tindakan mencuci span termasuk dengan memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro atau microwave masih belum menjamin kebersihan menyeluruh.

Malah, kajian mendapati span yang dikitar semula berpotensi memerangkap lebih banyak bakteria seperti Moraxella osloensis yang boleh menyebabkan jangkitan kepada individu berimun lemah.

Berikut adalah empat kaedah penjagaan span yang boleh diamalkan bagi memastikan ia kekal selamat digunakan di rumah:

1. Kaedah rebusan

Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan span dan rebus untuk seketika. Suhu air yang tinggi berkesan untuk membunuh sebahagian besar bakteria yang terperangkap.

2. Penggunaan campuran bahan peluntur

Bahan peluntur pakaian juga boleh digunakan untuk menyahkuman. Rendam span seketika dalam bancuhan air sabun dan peluntur mengikut arahan label produk bagi membunuh bakteria secara efektif.

3. Menggunakan mesin pengering pakaian 

Jika di rumah anda mempunyai kemudahan mesin pengering pakaian, anda boleh menggunakannya untuk mencuci span pinggan anda.

Cara ini juga boleh membantu membunuh bakteria yang ada pada span. 

4. Buang dan ganti baharu

Langkah paling selamat dan sangat disarankan oleh pakar adalah dengan membuang span lama secara berkala. 

Apabila span mula mengeluarkan bau kurang menyenangkan, itu merupakan petanda jelas bahawa ia sudah dipenuhi bakteria. 

Tempoh kekerapan penggantian span yang disyorkan adalah antara satu hingga tiga kali seminggu.

Artikel Lain